Apa khabar ? sihat ? huhu . Rupa rupanya sekarang dah 2 Muharam , Syukur pada Allah kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk melihat alam semuala jadi ini lagi . Amin .
Dah tahun baru , kisah baru lah kan ? Ye lah buka buku baru , tutup buku lama , macam kata orang , barang yang lepas jangan dikenang , kalau dikenang padah hati yang menanggung .. Hehe .. Apa apa pon Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam , siapa yang ada duit tu haa baik pegi umrah ke pegi haji ke ye . Pada kita pegi jalan jalan tempat lain baik pergi ke tanah suci Allah , Makkah =) Dapat kita tunaikan rukun Islam yang ke 5 . Tahun Baru ni hana ingat nak lebih maju ke depan , lebih gembira , lebih baik dari tahun 2011-2012 , tahun2 yang penuh rintangannya .. Hana ingin lebih berdedikasi , ada wawasan dan harapan yang bejaya di rangkumi . Taknak lagi jadi orang yg hidup dalam derita , hidup dalam kesedihan , kita hidup ada matlamat , kita harus kejar matlamat hidup kita biar ia menjadi lebih baik .
Tak da Dia yang menyakitkan hati , tak da Dia yang tidak percaya akan kita , tak da dia yang sering hilang entah kemana , Tapi ada Seseorang yang ada untuk kita , untuk gembira kan kita , menyenangi hidup kita , ada susah dan senang kita , biarlah ia seorang kawan sahaja kerana itu lah yang terbaik . Di sini Hana nak ucapkan Terima Kasih Banyak Banyak dekat kawan kawan kelas Hana 1 Bestari , Shahiera , Muna , Shikin , Kamalin , Wilda , Shuhadah , Zulia , Nafis , Zami , Pie , Aleef , Haiqal , Zakwan , Afiq , Azman , Jayasri , Crystal dan lain2 lagi . Tak lupa juga kawan kawan yang terapat sekali , Syahirra , Farisha , Atiqah , Asha , Alicia , Shahidatul , Diyana , Faiz , Rafi .. Mereka semua baik , sudi berkawan dengan hana , hati mereka mulia .. Hana doa kan mereka agar berjaya dalam hidup ini . Tak kira apa pon rintangan yang datang , wahai kawan kawan ku , kau redah lah rintangan yang datang hingga lah ke menara gading demi ibu bapa kita . Ibu bapa yang membesarkan kita , yang menjaga kita , mereka tanggungjawab kita suatu hari nanti .
| S E L A M A T T A H U N B A R U K E P A DA S E M U A , S A L A M 1 M A L A Y S I A |
No comments:
Post a Comment
Hey , Semua .. Acanne entry sy ?
Okeyh atau x ? klu x bgi cadangan ye ..
Comment larr , SATU@ONE p0n jdy .. =D